Langkau ke kandungan utama

CINTA YANG KITA TERLUPA

Salam dan apa khabar? Maaf sebab terlalu lama tidak mengemaskini blog ini.  Urusan dunia membuatkan aku sedikit sibuk dan mungkin khilaf.  Aku berharap agar yang membaca ini mendapat keredhaan ALLAH SUBHANAHU WATAALA dan dirahmati dalam setiap perkara yang dilakukan.  

Aku mendengar satu penyampaian ringkas seorang ustaz dalam satu majlis. Aku cuba untuk quote kan kembali setiap kata katanya. Maaf jika ada kekurangan yang mungkin tidak aku sengajakan.  

Dalam hidup ni semua orang boleh tinggalkan kita, semua orang boleh meluat dengan kita, tapi jangan tuhan tinggalkan kita, dan jangan Tuhan benci dengan kita.  Manusia boleh renggang dengan kita tapi jangan sampai Tuhan renggang dengan kita. nak jumpa kawan yang marah kita, telefon tak angkat, pergi ke rumah dia tak buka pintu. Tapi Tuhan itu sentiasa bila kita panggil Ya Rabb, dia sentiasa mendengar kita.  Tuhan tidak pernah meletak syarat untuk kita berjumpa denganNya.  Berbeza dengan manusia. Tapi  ALLAH SUBHANAHU WATAALA membuka pintu pada waktu siang, untuk mengampuni orang yang membuat dosa di waktu malam. ALLAH SUBHANAHU WATAALA membuka pintu untuk kita di waktu malam, untuk mereka yang melakukan dosa di waktu siang.  Kalau orang lain tak mau berurusan dengan kita itu hal kecil, tapi Tuhan yang sentiasa membuka pintu untuk kita tidak memperdulikan kita, itu sesuatu yang besar.  Tapi bagaimana kita nak tahu yang Tuhan itu pedulikan kita atau tak?  kita doa kita panggil Dia tapi kita tengok doa tak datang pun? 

Tuan tuan, selagi Tuhan itu menggerakkan hati kita untuk kita memanggilnya, selagi dia merezekikan kita untuk bangun solat kepadaNya, untuk kita apabila kita bersalah kita menyebut Astaghfirullahalazim, Astaghfiruka ya ALLAH, untuk kita apabila kita berbuat dosa kita merasa bersalah, untuk kita tercari cari macam mana nak buat pahala, apa ada dalam poket aku daripada harta, dan apa yang ada di lidah aku daripada zikir yang aku ucapkan agar Tuhan tidak murka kepada ku, selagi Tuhan membuka pintu itu kepada kita, tandanya DIa tidak meninggalkan kita. Ma waddaa'ka rabbuka wama qola, walala'khiratu khairu laka minal ula...Tuhan Berkata Sesungguhnya akhirat ini lebih baik dari dunia... 

Inilah yang ku sebutkan CINTA YANG KITA TERLUPA, betapa ALLAH SUBHANAHU WATAALA menyayangi dan mencintai hambaNya.  Kita tidak lari dari dosa, adakalanya ada hari kita jauh dariNya, namun ALLAH SUBHANAHU WATAALA tetap mengurniakan kita rezeki, nikmat, keselamat dan segalanya buat kita.  Kita mencintai pasangan kita, keluarga kita, rakan kita, saudara mara kita, namun adakalanya kita terleka adanya satu Cinta yang terlalu AGUNG untuk dinafikan dari diri kita. Wahai saudaraku, wahai akhiku, wahai ukhti, wahai semua... Rindukan ALLAH? Lakukan apa yang disuruh, dan berusahalah sebaik mungkin dan sekuat mungkin menjauhi apa yang dicegah. Jika tergelincir kembali lagi padaNya. Jika terlalu rindu, bacalah kalamNya..dan jika rindu masih menebal di jiwa, peluklah AL QURAN itu seeratnya dan tika itu air mata mu akan mengalir merindukan Sang Pencipta yang penuh dengan Kasih dan Sayang terhadap hambaNya. 

Rabbi......... berkati mereka ya ALLAH.. tambahkanlah kesenangan dan rezeki mereka, serta kebahagiaan mereka, serta tambahkanlah kasih sayang mereka kepadaMu... jadikanlah mereka, antara orang yang Engkau cintai ya Rabbi... (maaf jika ada kekhilafan dalam coretan ku.. assalamualaikum) 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sujudku

Ku terhenti berlari Berdiri dalam qiam ku sujud sepi Tergamam saat tersedar putih hitam jiwa kini Ya Rahman Ya Rahim Terangkan jalan kasih ku pada Mu Terdiam aku tersedar putih hitam nawaitu... Ku mohon Engkaulah yang menjaga ku.... Kerna ku sentiasa di bawah takdir Mu Tercari di ruang sunyi Jangan lepaskan kasih sayang Mu Doaku jernihkan keruh hitam putih hatiku Ya Allah Ya Tuhanku JANGANLAH kau serahkan padaku menjaga diriku......

LIKU LIKU KEHIDUPAN

Hidup kita selalunya penuh dengan cabaran dan berliku liku.. setiap orang menghadapi pelbagai pengalaman dan juga pelajaran dalam mengenali sebuah erti kehidupan.. ada kalanya kita jatuh..ada kalanya kita bangun..adakalanya segelintir dari kita sudah mati dari kehidupan sebelum dia mati dengan sebenarnya. Kita sering memandang enteng atau mudah terhadap perjalanan kehidupan kita. Bukan semuanya namun ada segelintir yang masih tidak mempelajari dan meneladani pada setiap perkara yang berlaku didalam kehidupan mereka. Apakah kehidupan itu sekadar hanya kita bernyawa? sekadar kita menarik nafas dan menghembuskannya? Ianya lebih dari itu... bagi saya kehidupan itu bermula dari paksi yang utama..iaitu kepada Pencipta kita...kemudian kepada diri kita, keluarga kita, sahabat handai kita..rakan rakan kita, jiran tetangga, kenalan kita,masyarakat, alam sekitar, haiwan dan juga alam ini. Setiap orang mempunyai kaca mata yang berlainan untuk memandang kehidupan.. adakalanya mereka meletakkan...

BILA HATI TELAH HITAM..... PERJALANAN KAMI...

BILA HATI TELAH HITAM... a pabila satu hari bos aku meminta aku untuk membantunya dalam menyiapkan penulisan skrip untuk 13 episod ini, aku teragak agak samaada aku mampu atau tak.. dalam proses perjalanan menyiapkan skrip ini banyak yang aku pelajari.  Sesungguhnya hati manusia itu senang untuk berbolak balik apabila berhadapan dengan satu situasi. kadang kadang kita hidup dalam keadaan menafikan apa yang realitinya kita hadapi. Kita teragak agak membuat keputusan, adakalanya keputusan yang kita ambil itu kita fikirkan adalah yang terbaik untuk kita. Padahal adakalanya keputusan yang kita ambil tu sebenarnya merosakkan kita dan menjauhkan kita lagi dari jalan yang sepatutnya. Hati manusia itu asalnya sama, tak kisahlah kau hensem, cantik, atau kurang dari segi segalanya. Namun kadangkala, keadaan sekeliling yang membuatkan kita tersalah dalam percaturan kehidupan.  Tapi kita hidup di dalam lindungan AR RAHMAN dan AR RAHIM... so, kita sentiasa mendapat petunjuk dan hiday...