Langkau ke kandungan utama

MENGAPA HIKMAH ITU RAHSIA ALLAH

Aku secara tak sengaja menghubung rakan baikku yang da lama aku tak hubungi.. ex wife aku.. dalam phone aku bertanya.. kenal tak lagi sebab aku call ke office.. spontan dan pantas dia jawab.. abang ke ni??!! Apa mimpi abg call? Borak punya borak...aku dpt tau ex wife aku da pregnant.. ya Allah aku bersyukur sgt bila mana aku dengar dia cakap mcm tu. Sebab lapan tahun perkahwinan kami dulu, kami tak dikurniakan anak sebab ex wife keguguran dan terus belum ada rezeki hingga berpisah. Ya Allah... Kau selamatkanlah dia melahirkan anak dan tambahkanlah lagi rezeki buatnya dan kebahagiaan yang berpanjangan bagi dirinya dan suaminya dan semoga kehadiran cahaya mata itu menambah lagi kegembiraan mereka.

Belek belek email.. aku jumpa email terakhir aku hantar pada 1/8/2014 sebagai seorang suami.


To my lovely person...
First of all abg menyusun sepuluh jari memohon maaf menganggu awak.. 8 tahun bukanlah satu waktu yg singkat bagi kita melupakan segalanya dlm sedetik waktu..sesungguhnya abg turut merasakan kesedihan ttg apa yg berlaku di antara kita. Abg tau banyak janji yang abg taburkan utk menjaga awak dan menyediakan segala kelengkapan awak.. Helen.. Apa yg boleh abg katakan, selagi awak belum mempunyai pengganti, abg akan tetap cuba memenuhi segala apa yg abg janjikan pada awak. Helen, letakkan lah sahaja segala permasalahn dan sebab akan peristiwa ini kepada abg sahaja... Takpe, biar abg yg tanggung perasaan bersalah tu seperti mana yg awak mahukan..
Helen.. Abg tau abg tak sepatutnya mengahntar email ni.. Tapi abg nak awk faham utk sekian kalinya.. Pernah tak awak dengar org kata kadangkala kita harus melepaskan sesuatu atas sebab kita sayangkannya terlalu sgt. Mungkin org akan beranggapan tindakan abg ni kejam pada awak... Kerana membiarkan awak keseorangan... Sesungguhnya apa yg abg buat sekarang ni adalah utk kebaikan awak. Kebaikan mcm mana? Biarkanlah abg jelaskan...
Helen.. Abg sygkan awak dan masih sygkan awak.. Cuma abg da tak sggup tgk awak makan hati dan bersedih selalu atas sikap abg ni.. Setiap hari abg fikir, abg tak boleh jadi suami yg awak harapkan.. Abg da tk sggp tgk awak bersedih dan menangis. Abg tak sggup tgk awak kesunyian dan bersendirian menanggung siksa.. Helen, abg tau awak seorang yg kental, tabah dan hati keras... Awak boleh harungi apa sahaja jika awak mahu dan awak nekad dlm apa jua keputusan...awak pernah bertanya sama ada abg blh berlaku adil atau tak.. Terus terang abg tak tau... Abg mungkin tak dpt nak berlaku adil atas sbb sbb tertentu.. Cuma apa yg nak katakan.. Kita tak tau masa depan kita macam mana... Just take a look atas apa yg jadi pada kak aishah dan abg yus.. Ye pada awalnya penuh dengan air mata dan persoalan kenapa dan mengapa... Tapi lihat bagaimana masing masing kini bahagia dgn kuarga masing masing dan anak masing masing.... Org seperti awak mudah saja utk cari pengganti kepada abang... Tak perlu dibandingkan abg dan mereka kerana abg ini tak punya apa kelebihan... Abg yakin akan ada seseorang utk menjaga awak dengan lebih baik, memberikan kemudahan yg lebih baik, memberikan nafkah yg lebih baik, kasih syg yg lebih baik, dan cinta yg lebih baik..
Helen.. Awak jangan rasa sedih atau rasa terpinggir.. Sbb awak spttnya bergembira kerana awak tk perlu lagi bersusah payah utk abang... Helen, abg cuma cari sesuatu dlm hidup abg... Knp abg tak amik anak angkat? Ada sbb nya.. Abg pikir jauh.. Apa akan jadi pada anak tu kalau kita tiada.... 
Maafkan abg atas sikap abang selama ni... Walaupun andaikata kita selesai menjalani tempoh edah, abg ttp akan cuba menjaga awak semampu abg... Awak byk berkorban utk abg..dan kini abg korbankan awak utk lihat awak bahagia tanpa rasa sakit hati, iri hati... Abg tahu apa yg terjadi sekarang ni memberikan kesan yang amat dlm pada kita kerana kita berpisah secara baik... Kerana kita masih punya perasaan satu sama lain..hanya abg sahaja yg tak mampu untuk menatap wajah awak lagi, bukan maksud abg membenci atau tiada rasa cinta.. Tapi sbb abg malu utk berhadapan dgn awak...
Helen... Kuatkan semangat awak..sbb awak masih ada dlm hati abg buat selamanya..teruskan usaha awak dlm kerjaya awak... Teruskan kehidupan dengan rasa seronok... Berhiaslah secantiknya, senyumlah semanisnya...abg pn da nampak awak semakin tabah meneruskan kehidupan... Dan abg harap awk kekalkan rentak tu sebaik mungkin... Abg akan ttp merindui awak walaupun mungkin sukar utk abg tunjukkan pada awak.. Tapi percayalah abg masih sygkan awak dan rindukan awak... Masakan awak ttp yg terbaik bg abang....
Helen...maafkan abang atas segala tindak tanduk dan kelakuan abg pada awak... Biar apa yg berlaku abg berharap kita masih punya hubungan antara satu sama lain walaupun bukan lagi sebagai suami isteri... 
Helen take care urself dear... Im sorry for everything... Maafkan abg.. Sesungguhnya abg maafkan segala kesilapan awak dari dulu hingga kini... Awak adalah yg terbaik tapi abg bukanlah yg terbaik bg awak... Jika abg masih bersama awak...itu bermakna abg berbuat kejam pada perasaan awak..
I let u go but i never let u go away from my heart... Take care syg... Hope the future will bring you the joy that we dream....
I hope we could frens forever....
Ikhlas dari suami mu, teman mu...

Ulasan

Unknown berkata…
saya terharu dan sedih membaca petikan ini, yang keadaanya hampir sama dalam perjalanan hidup saya. semoga Allah SWT memberikan yang terbaik ddunia dan Akhirat... Aminnn...
Raisz Ahmad berkata…
Terima kasih.. Aminnn

Catatan popular daripada blog ini

Sujudku

Ku terhenti berlari Berdiri dalam qiam ku sujud sepi Tergamam saat tersedar putih hitam jiwa kini Ya Rahman Ya Rahim Terangkan jalan kasih ku pada Mu Terdiam aku tersedar putih hitam nawaitu... Ku mohon Engkaulah yang menjaga ku.... Kerna ku sentiasa di bawah takdir Mu Tercari di ruang sunyi Jangan lepaskan kasih sayang Mu Doaku jernihkan keruh hitam putih hatiku Ya Allah Ya Tuhanku JANGANLAH kau serahkan padaku menjaga diriku......

LIKU LIKU KEHIDUPAN

Hidup kita selalunya penuh dengan cabaran dan berliku liku.. setiap orang menghadapi pelbagai pengalaman dan juga pelajaran dalam mengenali sebuah erti kehidupan.. ada kalanya kita jatuh..ada kalanya kita bangun..adakalanya segelintir dari kita sudah mati dari kehidupan sebelum dia mati dengan sebenarnya. Kita sering memandang enteng atau mudah terhadap perjalanan kehidupan kita. Bukan semuanya namun ada segelintir yang masih tidak mempelajari dan meneladani pada setiap perkara yang berlaku didalam kehidupan mereka. Apakah kehidupan itu sekadar hanya kita bernyawa? sekadar kita menarik nafas dan menghembuskannya? Ianya lebih dari itu... bagi saya kehidupan itu bermula dari paksi yang utama..iaitu kepada Pencipta kita...kemudian kepada diri kita, keluarga kita, sahabat handai kita..rakan rakan kita, jiran tetangga, kenalan kita,masyarakat, alam sekitar, haiwan dan juga alam ini. Setiap orang mempunyai kaca mata yang berlainan untuk memandang kehidupan.. adakalanya mereka meletakkan...

BILA HATI TELAH HITAM..... PERJALANAN KAMI...

BILA HATI TELAH HITAM... a pabila satu hari bos aku meminta aku untuk membantunya dalam menyiapkan penulisan skrip untuk 13 episod ini, aku teragak agak samaada aku mampu atau tak.. dalam proses perjalanan menyiapkan skrip ini banyak yang aku pelajari.  Sesungguhnya hati manusia itu senang untuk berbolak balik apabila berhadapan dengan satu situasi. kadang kadang kita hidup dalam keadaan menafikan apa yang realitinya kita hadapi. Kita teragak agak membuat keputusan, adakalanya keputusan yang kita ambil itu kita fikirkan adalah yang terbaik untuk kita. Padahal adakalanya keputusan yang kita ambil tu sebenarnya merosakkan kita dan menjauhkan kita lagi dari jalan yang sepatutnya. Hati manusia itu asalnya sama, tak kisahlah kau hensem, cantik, atau kurang dari segi segalanya. Namun kadangkala, keadaan sekeliling yang membuatkan kita tersalah dalam percaturan kehidupan.  Tapi kita hidup di dalam lindungan AR RAHMAN dan AR RAHIM... so, kita sentiasa mendapat petunjuk dan hiday...